Friday, January 2, 2009

Menolong Ibu

Pada suatu hari, ibuku telah memanggil namaku. Dengan pantas sebab aku tak nak dia start memanggil namaku dengan panjang meleretnya aku menyahut panggilannya.

"Mari meta aja Ma guno komputer."
"Hah?"
"Meta jah. Cepat!"


Nampaknya ibuku tidak tahu menahu tentang fungsi Windows Media Player, dan cara-cara untuk mengguna Word, Powerpoint, memasukkan CD, mengguna pendrive, copy & paste, etc. Terutamanya internet. Aku pun dengan rasa kasihan, mengajarlah dia. Walaupun beliau banyak berleter, tetapi aku sabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Dalam pembelajaran tersebut, beliau sempat membaca blog anaknya yang nombor 3.

Itulah al-kisah seorang anak yang sedang mengajar ibunya. Mesti anda tidak pernah mendengar tentang anak yang mengajar ibu. Kan? Kan? Kan?

No comments:

hamster virtual pon jadi laa